2:30 AM

“Melakar pelangi di awan biru…”


“Melakar pelangi di awan biru…”


Tertarik dengan status YM yang dipaparkan oleh seorang rakan, terdetik di hati untuk menulis sesuatu.. Simple dan pendek sahaja ayat di atas, tapi makna yang cuba dibawa cukup besar dan mencabar. Tampak seperti retorik! Ujar saya kepada rakan tadi.. Sengaja mahu mengujinya.. Memang retorik sebab anda cuba memahami bahasanya dan bukan maknanya! Jawab rakan tadi dengan bersahaja..


Melakar pelangi di awan biru suatu impian yang sangat besar..


Ia bukan sembarang kerja.. Bukan sebarang cita.. Bahkan ia sungguh luar biasa! Impian melangit sehingga ke tahap cakerawala dan lantas langit biru tadi diwarnai dengan corak pelangi guna pena yang dipegang oleh tangan-tangan ajaib.


Apakah ia mustahil?? Jawabannya TIDAK. Sungguh ia TIDAK mustahil..


Alhamdulillah... Kita sudah menjengah dan sudah pun mendekati pertengahan bulan Rejab yang kita maklumi ia adalah antara bulan-bulan yang ditunggu oleh para pemburu cinta Ilahi.. Dan bulan ini turut merakamkan sebuah kisah kembara Agung seorang hamba yang juga ia tidak lain dan tidak bukan adalah kekasih Allah SWT.. Hamba ini yang diutus untuk membawa seruan wahyu buat menerangi dan menyuluh jahiliyyah manusia, telah dibawa mengembara ke langit dunia oleh Allah SWT.. Ataupun dengan erti kata lain, perjalanan suci ini dipanggil sebagai Isra wal Mi’raj!


Satu persoalan yang mungkin boleh dilemparkan..


Apakah perkaitan kisah ini dengan maksud entry yang cuba disampaikan?


Mari kita renungi sebentar.


Adapun kisah luar biasa ini telah mengundang ‘pesta tidak percaya’ buat para Musyrikin kota Mekah suatu ketika dahulu.. Bagi mereka yang enggan beriman kepada Allah dan Rasulnya, bukan sahaja tidak mempercayainya.. Bahkan ada yang mentertawakan Muhammad lalu menuduh baginda sebagai gila!


Mereka cuba mempersoal kesahihannya dengan logik akal..


Bagaimana seorang lelaki boleh berjalan sejauh antara Kaabah dengan Baitul Maqdis hanya dengan tempoh satu malam?


Bagaimana pula boleh diterima oleh akal manusia.. Seorang lelaki mengaku bahawa dia telah naik ke langit dan turun semula juga dalam masa satu malam?


MUSTAHIL!!


Mustahil, kerana mereka iaitu para Musyrik mengukur peristiwa tadi berdasarkan logik akal semata-mata ditambah pula khabar kebenaran telah dikaburi oleh sifat sombong mereka.. Itu sebab jawaban yang mereka jumpai ialah “Mustahil!”


Sedangkan golongan Muhajirin iaitu golongan yang beriman, mengukur segalanya dengan Iman serta keyakinan mutlak terhadap segala janji dan wahyu Allah SWT melalui Rasulnya.. Itu sebab jawaban yang mereka ucapkan ialah, SADDAQTA YA Rasulullah!


Hari ini.. Bangsa inilah yang tidak pernah mengenal istilah 'mustahil'.


Mengapa kita umat akhir zaman...? Sudah hilang YAKIN padaNya dan asyik berkata MUSTAHIL??


Apakah ada mustahil di dunia ini? Lebih-lebih lagi kalau perkara itu sudah dijanjikaNnya...


Bukankah Allah telah mengajar kita bahawa semuanya tidak MUSTAHIL.. Termasuklah “melakar pelangi di awan biru..”.. Ia juga tidak mustahil! Dalam Surah Ar-Rahman, Allah SWT berfirman:


“Wahai golongan Jin dan Manusia! Jika kamu sanggup menembusi penjuru langit dan bumi, maka tembuslah.. Kamu tidak akan dapat menembusinya kecuali dengan sultaan (kekuatan)!” Ar-Rahman: 33


Nah! Bukankah ini satu key-point yang disampaikan oleh Allah kepada sekalian Manusia serta Jin bahawa tidak ada yang mustahil untuk berlaku dengan syarat adanya sultaan (kekuatan) tadi.. Tapi malangnya.. Semangat ini tidak dicerna oleh umat Islam dan sebaliknya umat bukan Islamlah yang meraih serta melakukan implementasi sehingga mereka jauh lebih terkehadapan daripada kita.


Dari segi teknologi misalannya..


Siapakah yang mempunyai tahap ketinggian teknologi di dunia ini? Apakah kita boleh bersaing dengan negara-negara luar yang sudah mengkaji dan memasarkan teknologi mereka yang sehingga ke capaian piko-teknologi?


Lihat pula ketenteraan..


Armada tentera manakah yang paling digeruni di dunia ini? Armada tentera manakah yang punya kuasa polis dunia yang boleh sewenang-wenangnya memutuskan yang baik menjadi buruk manakal yang buruk dipandang baik? Mereka menyinga kita menikus!


Tuntas.. Mereka adalah golongan yang mengimani kitabullah walaupun kufur terhadap Allah. Dan kita mengaku beriman padaNya tapi dalam masa yang sama masih ragu akan janji dalam kitabNya.. Bukankah itu terbalik? Kerana sepatutnya kita bukanlah umat yang berpegang pada perkataan MUSTAHIL... Padahal kitalah sebenarnya umat PENCETUS, PENGGALAK, serta PENDULU!


“Melakar pelangi di awan biru..” turut mengingatkan kepada tulisan Dr. Kalim Siddiqui yang turut menyentuh akan suatu virus mustahil dalam fikiran umat akhir zaman! Virus ini mampu merebak dengan cepat lantas melemahkan umat sehingga jadilah ia umat yang menyerah kalah sepanjang zaman!


Makalah..


Menawan semula Baitul MaQdis. Apakah kita masih nampak ia suatu yang mustahil??


Sirah yang tercatit dalam bulan Rejab ini sepatutnya kita renungi lebih dalam lagi dari yang sebelum-sebelum ini.. ‘Ibrah yang kita keluarkan juga mestilah kupasannya lebih BARU serta lebih SEGAR sesuai dengan keadaan serta situasi kita hari ini.. Kita bukanlah mahu menolak apa yang dikupas oleh para ilmuwan terdahulu.. Tapi.. sudah resminya ilmu.. Ilmu akan sentiasa berkembang dan bukannya statik sepanjang abad. Jadi.. Salahkah kita cuba meneroka ruang yang baru??


Wallahu a’lam.

1:39 AM

Mencalak Generasi Muda "Rabbani"

Assalamualaikum warahmatullahi wbkth.

Kata seorang sarjana,Profesor Dr. Yusof Al Qardhawi untuk melihat wajah negara masa hadapan, lihatlah generasi muda hari ini. Apa pandangan anda dengan remaja kini? hilang arah? masih di status quo yang baik? ataukah di tahap yang membimbangkan. Apakah cukup dengan hanya melihat indeks belia bagi memantau kualiti dan kesejahteraan hidup belia di malaysia???

Statistik polulasi belia 2010 diramalkan akan meningkat kepada 11.65 juta (40.2%) daripada populasi jagat. Nah! satu jumlah yang besar pada perkiraan saya, tuntas memerlukan perancangan yang bukan sedikit. Pemikiran, akal budi, pandang dunia (welstanchauung) serta minda belia perlu diangkat (paradigm shift).

Soalnya bagaimana?

Masa depan bangsa dan negara berkait rapat dengan usaha meletakkan golongan belia hari ini dilandasan yang betul dan kukuh.

Usaha yang bagaimana lagi kurang dilakukan?

Adakah ia sudah mencukupi di peringkat pengarah? kakitangan kerajaan? Tenaga pengajar? mahasiswa?? Ataupun golongan belia itu sendiri?

Pastinya segala usaha yang dilaksanakan hari ini bakal memberikan impak kepada kekuatan dan kestabilan pembangunan sosio-ekonomi dan politik negara pada masa akan datang...

Memetik kata – kata perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,gagasan 1 malaysia akan lebih bermakna sekiranya golongan muda turut mengamalkan konsep 1 belia 1 malaysia, hal ini kerana langkah yang seribu bermula dengan satu dan malaysia tidak akan menjadi satu jika belia tidak berpadu”.

Maka belia hari ini perlu melakukan pembukaan minda dan perubahan budaya agar kaya dari segi peradaban kefahaman serta kreativiti supaya berupaya membentuk jati diri negara bangsa...

Nah, kata kuncinya mudah, mulakan dari yang kecil, mulakan dari 10 %, tetapkan matlamat walupun kita mulakan dari angka 0

Semuanya terletak di tangan anda.. Selamat maju jaya!

Salam perjuangan...

“Belia Bijaksana Impetus Modal Insan Kelas Pertama”

------------------------------------------------------

Kiriman : Sdri. Nurul Shaza Abd Manaf, AngkasaPuri.

2:09 AM

Ada apa dengan TRANSFORMER?

Salam duhai para pencinta bulan Islam..


Alhamdulillah..


Tidaklah rugi untuk kita melafazkan kalimah kesyukuran seperti ini.. Kerana dengan detik masa yang berlalu (dah masuk bulan Rejab), Allah SWT masih lagi memberikan peluang kepada kita untuk menghirup udara segar.. Moga nikmat yang tampak remeh ini disyukuri oleh bibir-bibir kita semua..


Terasa atau tidak.. Sedar atau pengsan.. Hari seolah berlari.. Saat seolah sangat cemburu.. Masa terlalu laju berputar!


Dulu saya masih ingat..


Berada di alam sekolah menengah.. Ketika itu bergelar senior dan duduk di bangku tingkatan 5.. Banggalah juga masa tue kerana dipanggil ORANG-ORANG TUA sekolah.. Dan adik-adik junior yang di bawah kami masih kecil-kecil belaka.. Atau nama jolokan bagi mereka, “kanak-kanak riang”..


Tapi.. Itu dulu..


Hari ini.. Pabila berjumpa dengan “kanak-kanak riang” semula.. Waah.. Dah bermisai tebal dan dah ada yang berjambang.. Semua dah besar panjang! Baru terasa sebenarnya, kami yang bergelar ORANG-ORANG TUA sekolah dulu.. Memang dah tua pun sekarang!


Apapun..


Yang paling penting ialah.. Kita gunakan segala putaran umur yang ada untuk buat “self transformation”. Di sinilah sebenarnya kayu ukur untuk mengetahui indeks pencapaian sebenar dalam kita meniti umur yang semakin melanjut ini..


Cerita pasal TRANSFORMER..


Gambar ini tiada kaitan dengan content entry.. Ia hanya kebetulan.


Apa itu self transformation?? Atau dalam bahasa melayunya Transformasi Kendiri..


Self transformation bukanlah bermaksud..


Kalau dulu anda bukan orang yang bermekap.. Sekarang, pipi awak dah kemerah-merahan dipenuhi mekap Mydin...


Kalau dulu anda bukan orang yang bercouple.. Sekarang, awak punya kekasih@awekz yang bersusun-susun..


Kalau dulu anda tidak pernah tinggal solat, Sekarang, awak sudah pandai curi-curi dan bermalas-malasan..


Dan.. semestinya self transformation itu bukanlah..


Kalau dulu awak bertudung labuh.. Sekarang, Masya Allah.. Bukan hanya tudung labuh itu mengecil.. Tapi dah ada yang berani mencabutnya dari kepala!!


Satu peristiwa petang di supermarket..


Assalamualaikum..

Walaikumussalam.. Ish.. Sapa ek? Macam kenal..

Oh ya.. Nie Zurina (bukan nama sebenar) kan..? Pelajar Tingkatan 3 masa saya tingkatan 5 dulu..

Betul.. Akhi masih kuat ingatan rupanya..

Insya Allah.. Eh, yang nie siapa pula? Kawan satu office ek?

Eh..? Dah tak kenal ke..?

Serius.. Saya memang tak kenal..

Laa.. Kan nie akak ****.. Satu batch dengan akhi.. Kelas kat sebelah-sebelah je..

Owh.. Ya ke? Tapi.. Apesal dah takde ‘penutup kepala’ nie? Pasal tuelah saya tak kenal tadi..


(Sudah! Tutup perbualan)


Itulah antara contoh transformasi kendiri yang paling mengejutkan!


Sekali lagi.. Jawapan yang sukar ditemui untuk menerangkan segalanya.. Mengapa berlaku reverse transformation dan kenapa ada yang memilih ke arah itu?? Sepatutnya forward transformation yang berlaku kerana sudah pasti sekolah yang berjudul (A) pastinya akan mengeluarkan produk yang berpegang teguh kepada (A) juga.. A itu Agama.. Maka sudah tentu walaupun tidak berpijak dalam sekolah tapi agama masih lagi dijunjung di atas kepala!


"Saya sedih.."


Itulah ungkapan seorang Ustaz di sekolah.. Dan ungkapan itu disokong lagi oleh seorang ustazah dengan linangan air mata kesedihan melihat produk-produk yang mengalami reverse transformation tadi..


Di mana silapnya...?


Soalan ini yang menghantui fikiran.. Adakah sistem sekolah (A) itu yang memenjara sehingga apabila pelajar-pelajarnya keluar maka dia mahu merasai kebebasan..? Atau mungkinkah para ustaz dan ustazah dalam sekolah tadi ada kesilapan dalam mendidik anak-anak di dalamnya? Atau juga barangkali, ibu dan bapa kepada produk-produk yang ada tidak mampu mencorak mereka ke arah forward transformation dan bahkan ada yang mempengaruhi anak sendiri sehingga berlaku reverse transformation?? Betulkah??


Atas sebab inilah.. Melalui Alumni sekolah, agenda utama perbincangan yang dibuat ialah MENUKAR sistem PENDIDIKAN Sekolah kepada sistem PENTARBIYYAHAN! Terima kasih juga kepada pengetua baru yang sungguh optimis dengan pelan baru ini..


Ya.. Bagi saya, betullah.. Sebelum kita menuding jari kepada mana-mana individu atau pihak, maka ada baiknya kita melakukan transformasi.. Transformasi terhadap sistem pendidikan sekolah.. Biarlah kali ini, kita pastikan setiap barang yang ada mestilah melalui proses cucian, pembentukan, kimpalan, mengecat, dan menghias sehingga terhasillah produk yang betul-betul mantap!


Bukan hanya itu.. Itu hanya proses DARI LUAR ke DALAM!


Sebenarnya.. Tarbiyyah yang paling berjaya ialah.. Tarbiyyah yang berlaku dari DALAM ke LUAR! Dan semestinya inilah proses yang paling lama.. Paling mencabar.. Dan tidak boleh berlaku seperti mee segera!


Walaupun proses transformasi seperti ini adalah yang paling rumit.. Tapi.. Percayalah.. hasilnya pasti mengkagumkan!


Lemparlah ia ke laut.. Pasti ia akan jadi pulau..


Buanglah ia ke lembah.. Pasti akan jadi gunung!


Sekolah (A) vs Sekolah bukan (A)


Kanak-kanak ini akan sentiasa teruji.. Moga mereka boleh beradaptasi!


Rasa kagum saya selalu menebal bila melihat adik-adik yang bukan dari sekolah (A) tapi penampilannya.. Subhanallah.. Sejuk mata memandang.. Senang telinga mendengar..


Mereka boleh beradapatasi dalam suasana sekolah yang mungkin tidak seketat sekolah (A) tadi.. Bukan hanya beradaptasi, bahkan mereka boleh berevolusi lebih hebat lagi dari adik-adik sekolah bercop (A)! (Tanpa menafikan ada juga adik-adik sekolah (A) yang mengkagumkan)


Itu sebab... Ketika program, bila saya ditanya.. “Abang.. Macam mana nak survive bila masuk U?” jawaban yang saya berikan berbeza-beza.. Dan pastinya jika yang bertanya itu dari sekolah cap (A), maka jawaban saya agak panjang.. Berjela-jela.. Agak keras.. Macam-macamlah.. Sebab saya takut.. Produk ini belum teruji! Lainlah yang sekolah bukan (A).. Mereka memang dah teruji di sekolah.. Dan, hakikatnya mereka masih ‘maintain’.


Maaf.. Mungkin ada yang menganggap statement saya agak pesimis.. Melihat serong akan sebelah pihak.. Tidak! Apa faedahnya saya begitu..? Sedangkan dahi saya juga bercop (A)!


Cuma.. Saya bercakap atas pemerhatian dan pengalaman.. Sebab kes-kes reverse transformation yang saya jumpai sangat mengejutkan!


Apapun..


Tidak kiralah bagaimana sekalipun kerumitan persoalan dan kepayahan jalan penyelesaian kepada isu-isu transformer seperti ini.. Semuanya berlangsung atas kehendak dan pilihan Allah SWT.. Apa yang penting ialah kita berusaha.. Saya berusaha.. Anda berusaha.. Sekolah berusaha.. Ibu-Bapa berusaha.. Guru-guru berusaha.. Dan kita semua berusaha.


Lihat sahajalah bagaimana kisah hidup Raja Muzik, Micheal Jakcson.. Atau nama Muslimnya Mikail.. Bukankah hidupnya juga berlaku transformasi yang sangat besar..? Dan alhamdulillah, Allah menatijahkan tranformasinya yang terakhir iaitu menjadi muslim dan disitulah noktah umurnya ditarik olehNya..


Begitu juga kita..


Setiap hari dan setiap detik kita cuba mengusahakan sebuah forward transformation samada untuk diri sendiri (internal) ataupun untuk orang lain (external). Harapan kita ialah, biarlah kita semua tergolong dalam golongan yang terbaik di sisi Allah SWT.. Bukan golongan yang rugi di sisi Allah SWT iaitu orang yang semakin hari semakin buruk hidupnya (reverse transformation)..


Akhir sekali (iklan sebentar)..


Jangan hanya boleh jadi TRANSFORMER.. Tapi usahakan untuk jadi PENGARAH filem transformer (yang boleh menentukan bentuk robot transformer yang dia mahu)..

10:34 AM

Ko-SpiN 09


KoNgres Pertama Rejuvenasi sistem pendidikan islam Negara


11 Julai 2009 / 8.00am - 6.00pm

Auditorium Muzium Shah Alam, Selangor

Turut dijemput hadir:


Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, JAKIM, Parti-parti politik UMNO, PAS, PKR & Persatuan Ulama Malaysia, NGO-NGO Malaysia, MPP-PMI IPTA & IPTS, Front Mahasiswa


Kertas kerja utama akan dibentang dan dibahaskan:


Pensekularan Sistem Pendidikan di IPTA (Prof Tajul Arifin, UKM)


Peranan Pendidikan Islam Dalam Pembentukan Mahasiswa

(Prof Sidek Baba, UIAM)


Kedudukan Subjek Pendidikan Islam di Sekolah (Dr Abdul Halim Tamuri, UKM)


Halatuju Pendidikan Islam di Sekolah (Dato Dr Siddiq Fadzil)


Assalamualaikum W.B.T.

Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) akan menganjurkan Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara pada 11 Julai 2009. Justifikasi diadakan kongres ini adalah bertujuan mengkaji semula sistem Pendidikan Islam yang dilihat kian rapuh dan ternyata gagal membentuk sahsiah masyarakat terutamanya golongan remaja masa kini. Ini dibuktikan lagi dengan kes-kes jenayah dan gejala sosial yang semakin bertambah dan dilihat tiada noktah penyelesaian. Maka GAMIS ingin mengajak masyarakat untuk sama-sama berjuang dan menyertai kongres ini demi kebaikan dan kemajuan generasi kini dan akan datang. GAMIS sangat menghargai segala usaha anda dalam membantu menjayakan kongres ini dan diharapkan kita dapat memartabatkan kembali Pendidikan Islam sejajar dengan kehendak Quran dan Sunnah.



“ PRODUCING WORLD CLASS LEADERS”

“MENUJU WAHDAH MENGEMBALI IZZAH”


9:54 AM

Back to School ??


"Ya Allah... Tetap teguhkanlah hati ini.."